Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Makan oh Makan!

Makanan merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Justeru, kebanyakan daripada manusia memilih untuk menghargai atau tidak mengahargai anugerah yang diberikan. Namun begitu, keseimbangan dalam pengambilan makanan adalah sangat penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak sihat dan memudaratkan kesihatan.

Makan untuk HIDUP! Hidup untuk MAKAN!

Secara realitinya, tiada satu pun makanan yang dapat membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini kerana, setiap satu-satu makanan mempunyai sifatnya yang berbeza-beza dan mempunyai zat yang tersendiri. Oleh yang demikian, manusia memerlukan kesemua keperluan nutrient melalui kumpulan-kumpulan makanan yang terdapat pada piramid makanan.

APA ITU PIRAMID MAKANAN?

Piramid makanan merupakan salah satu panduan yang sangat berguna dalam merancang pengambilan makanan mengikut keperluan seharian masing-masing. Ingin tahu apakah piramid makanan tersebut? 

CUBA KLIK DI BAWAH !!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan