Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Sila Cuba..

Untuk memberikan lebih kefahaman berkaitan dengan diet seimbang, anda boleh cuba aktiviti dibawah ini :

Sihatkah saya?

Cuba kita teliti adakah tubuh badan kita sihat atau tidak?

KALORI? Apakah??

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di bawah :

Selain dari itu kita juga perlu memahami jumlah keperluan tenaga bagi tubuh badan kita.



PERATURAN ? Bosanlah!!

Sekiranya seseorang ingin melakukan senaman, sudah pastilah ada peraturan yang perlu diikuti. Berikut terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum melakukan senaman :

  1. Lakukanlah senaman mengikut kaedah / teknik yang betul. Jangan main bedal jer!!!
  2. Jangan melakukan senaman ketika badan mengalami kondisi yang tidak sihat. 
  3. Mesti melakukan aktiviti memanaskan badan (warm up) sebelum melakukan aktiviti senaman dan melakukan aktiviti menyejukkan badan (cooling down) selepas melakukan senaman.
  4. Memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti senaman. Bukan nak pergi shopping!!
  5. Memakai kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti senaman.

Senaman? Penting ke??

Senaman merupakan salah satu aktiviti fizikal yang memberi 1001 manfaat kepada kesihatan dan tubuh badan. Justeru, pada masa kini tidak hairanlah sekiranya telah banyak kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui senaman. Sebenarnya, setiap pergerakan yang kita lakukan telah merangsang jantung untuk bergerak lebih aktif seterusnya membakar lemak dan membina otot.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum melakukan senaman. Antaranya ialah, jumlah kalori yang dibakar selama kita melakukan senaman adalah bergantung kepada beberapa faktor iaitu berat badan seseorang, jumlah aktiviti yang dilakukan, tingkat tenaga yang diperlukan dan kadar metabolisme badan seseorang.

MENGAPA SAYA TIDAK KURUS??

Pesan NENEK...!

  1. Sentiasa mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dalam setiap sajian.
  2. Sentiasa membuat kepelbagaian dalam memilih makanan yang mana tidak tertumpu kepada makanan tertentu sahaja.
  3. Sentiasa makan mengikut waktu yang betul dan bukan makan mengikut nafsu atau membiarkan perut terlalu lapar / kosong.
  4. Sentiasa disiplin dalam pengambilan makanan mengikut aktiviti seharian supaya dapat mengawal berat badan dan kesihatan.
  5. Sentiasa peka tentang kebersihan dalam pengambilan makanan.
  6. Sentiasa mengambil / minum air masak / kosong secukupnya kerana tubuh memerlukannya

    Makan oh Makan!

    Makanan merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Justeru, kebanyakan daripada manusia memilih untuk menghargai atau tidak mengahargai anugerah yang diberikan. Namun begitu, keseimbangan dalam pengambilan makanan adalah sangat penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak sihat dan memudaratkan kesihatan.

    Makan untuk HIDUP! Hidup untuk MAKAN!

    Secara realitinya, tiada satu pun makanan yang dapat membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini kerana, setiap satu-satu makanan mempunyai sifatnya yang berbeza-beza dan mempunyai zat yang tersendiri. Oleh yang demikian, manusia memerlukan kesemua keperluan nutrient melalui kumpulan-kumpulan makanan yang terdapat pada piramid makanan.

    APA ITU PIRAMID MAKANAN?

    Piramid makanan merupakan salah satu panduan yang sangat berguna dalam merancang pengambilan makanan mengikut keperluan seharian masing-masing. Ingin tahu apakah piramid makanan tersebut? 

    CUBA KLIK DI BAWAH !!!!!!